Transformasi Digital Usahawan Desa Bersama The Cave Consult
Sorotan Program
Baru-baru ini, The Cave Consult dengan kerjasama Pejabat MARA Negeri Selangor di bawah Kementerian Kemajuan Desa dan Wilayah (KKDW) telah berjaya menganjurkan satu program eksklusif bertajuk “Kuasai TikTok + AI”. Program ini dikendalikan oleh Coach Adam Daniel dan Coach Dinor Sabudin, dua tenaga penggerak utama dalam dunia Applied Generative AI dan Digital Marketing yang berpengalaman luas dalam memperkasakan usahawan tempatan
Objektif & Hasil Pembelajaran
Program ini dirangka bagi memberi keupayaan baharu kepada para peserta dalam:
• Memahami algoritma TikTok dan strategi pemasaran terkini
• Menggunakan AI untuk merancang, menjana idea dan menghasilkan konten TikTok
• Menghasilkan video TikTok yang berkualiti dan berimpak tinggi
• Menguasai teknik Live TikTok untuk meningkatkan interaksi & jualan
• Merangka strategi pemasaran bersepadu TikTok + AI bagi melonjakkan jenama dan jualan
Modul Latihan Interaktif
Program ini dibahagikan kepada 4 modul praktikal:
- Pengenalan kepada TikTok Marketing
– Memahami evolusi TikTok, jenis akaun, algoritma dan ekosistem bisnes - Persediaan & Penyediaan Konten
– Mengenal pasti niche, persona pelanggan, USP, serta teknik positioning & branding - Membuat Video Konten TikTok
– Teknik rakaman, peralatan asas, proses editing (CapCut), penambahan hook visual, teks, audio, dan branding - Teknik TikTok Live
– Persediaan peralatan, skrip, strategi engagement, cara mengekalkan viewers, dan analisis selepas live
Peserta turut menjalani aktiviti hands-on seperti membina akaun TikTok perniagaan, menghasilkan skrip video 30 saat, menjana hashtag & content calendar menggunakan AI, dan menjalani sesi live sebenar di TikTok.
Integrasi AI: Rahsia Tingkatkan Produktiviti
The Cave Consult turut memperkenalkan penggunaan Generative AI sebagai “marketing buddy” kepada peserta untuk:
• Menjana idea kandungan secara pantas
• Mencipta skrip video & kapsyen menarik
• Menyusun jadual kandungan (content calendar)
• Menganalisis prestasi video secara automatik
• Mensimulasikan persona pelanggan untuk penentuan mesej
Integrasi AI dalam pemasaran TikTok membuka peluang kepada usahawan desa untuk bersaing secara lebih strategik dan efisien.
Tentang The Cave Consult
The Cave Consult ialah agensi transformasi digital yang mengkhusus dalam Applied Generative AI dan Digital Marketing bagi memperkasakan usahawan, pendidik, dan organisasi.
Dipimpin oleh Coach Adam Daniel dan Coach Dinor Sabudin, The Cave Consult telah melatih pelbagai organisasi korporat dan agensi kerajaan di seluruh negara